random

Latest News

Showing posts with label Pokok. Show all posts
Showing posts with label Pokok. Show all posts
Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) iala sejenis pokok kayu keras yang dapat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.

Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.
Pokok Jati merupakan sejenis pokok yang menghasilkan kayu bermutu tinggi. Nama ilmiah jati adalah Tectona grandis. Pohon Jati merupakan pokok yang besar, berbatang lurus, dapat tumbuh mencapai tinggi 30-40 m. Ia berdaun besar, yang luruh di musim kemarau.

Jati dikenal dunia dengan nama teak (bahasa Inggris). Nama ini berasal dari kata thekku dalam bahasa Malayalam, bahasa di negara bagian Kerala di India selatan.
Buluh (juga dikenali sebagai aur atau bambu) merupakan suku bagi tumbuhan saka berbunga daripada keluarga Poaceae. Struktur pokok buluh adalah berongga di bahagian tengah dan keratan rentas berkas vaskularnya terletak bertaburan di seluruh batang. Ia juga tidak mempunyai xilem.

Buluh adalah antara tumbuhan yang paling pantas membesar di dunia disebabkan oleh sistem bersandar rizomnya yang unik. Tumbuhan ini mempunyai kepentingan dari segi ekonomi dan budaya di rantau Asia Timur, Asia Tenggara dan Asia Selatan dimana ia digunakan sebagai bahan binaan, sumber makanan dan juga keluaran mentah serbaguna.

GOODS HOME DESIGN

INTERIOR DESIGN AND ARCHITECTURE

GAYA MUTU KEUNGGULAN