random

Latest News

Cetusan idea baru dalam mengubah seni bina landskap yang kusam dan tidak bermaya, seterusnya tampil dengan panorama hijau mendamaikan adalah satu kepuasan yang sukar diungkapkan.

Terdapat pelbagai teknik mudah yang boleh anda lakukan untuk pembiakan tanaman hiasan taman.

Antara tanaman paling mudah untuk pembiakan ialah bougainvillea atau pokok bunga kertas kerana kepelbagaian spesies dan warna bunganya.

Sifat tanaman berkenaan yang cepat subur dan sesuai dengan iklim hutan hujan tropika, mendorong ramai pemilik kediaman menjadikan bougainvillea sebagai penyeri laman.

Teknik pembiakan melalui cantuman batang tidak sesukar yang difikirkan. Jika berjaya, ia bakal merimbunkan taman peribadi anda.

Teknik pembiakan melalui cantuman batang bougainvillea

Dahan yang dipilih mestilah masih muda dan belum diklasifikasikan sebagai kayu.

Pokok asal dipanggil ‘pokok menunggu,’ sementara pokok yang diambil sebahagian kecil batang untuk dicantumkan pula dipanggil ‘pokok mendatang.’

Berikut beberapa langkah yang dicadangkan pemilik Noble Lanscape & Nursery, Khairol Anuar Ahmad.

Langkah 1

– Sebaik-baiknya gunakan pisau cukur sebagai alat untuk memotong batang ‘pokok menunggu,’ secara tirus.

Langkah 2

– buang semua daun yang berada berhampiran batang ‘pokok menunggu’ yang bakal dicantumkan supaya tidak mengganggu proses pembiakan kelak.

Langkah 3

– Belah batang ‘pokok menunggu’ sedalam dua inci dan perlu dilakukan di bawah mata tunas dan ia perlu sama dengan ukuran batang ‘pokok mendatang’ yang bakal dicantumkan.

Langkah 4

– Sebelum dicantumkan, potong secara tirus batang ‘pokok mendatang’ supaya tidak menimbulkan masalah ketika pembiakan kelak.

Langkah 5

– Cantumkan terus batang ‘pokok mendatang’ ke dalam batang ‘pokok menunggu’ dengan teliti selepas memotongnya tirus sementara getah masih ada.

Langkah 6

– Gunakan ‘sealing film’ bagi menguatkan batang pokok yang dicantum tadi.

Langkah 7

– Gunakan plastik sesuai yang lutsinar (mudah dimasuki cahaya matahari) untuk membalut bahagian batang ‘pokok menunggu’ dan ‘pokok mendatang’ yang dicantum tadi serta ikat.

– Sebagai langkah terbaik biarkan selama dua minggu sebelum plastik itu dibuka dan buang semua daun yang ada pada batang ‘pokok menunggu ‘ yang dicantum untuk menghasilkan daun baru ‘pokok mendatang’.
Gazebo dikenali sebagai wakaf di pantai timur,juga dikenali sebagai pavilion, cabana, sala Thai. Fungsi gazebo adalah sebagai ruang alternatif untuk tempat berteduh dari panas dan hujan dan juga ruang penuh kebebasan tanpa sempadan untuk pemilik menikmati waktu senggang. Gazebo merupakan elemen hard landscape.

Gazebo dikawasan tropika lebih banyak menggunakan kayu dan buluh. Di barat menggunakan plastik komposit, batu atau besi dengan kemasan lapisan cat polister.

Reka bentuk bumbung limas lengkap dengan tunjuk langit (lambang rumah melayu Johor). Gazebo di Bali digelar sebagai bale bengong oleh penduduk bali. Gazebo akan hambar jika tanpa sebarang penataan tanaman hiasan dan aksesories. Tidak mahukan persembahan yang keterlaluan letak bekas penanaman jenis gantung, kusyen pelengkap, tirai buluh dan sebagainya. Jika tidak mahu biarkan gazebo kelihatan hambar tanpa sebarang perincian, lattice digunakan sebagai dinding dan sekaligus menjadi penyandar.
Dalam usaha mewujudkan landskap mini untuk kediaman yang mampu merealitikan suasana semula jadi, pelbagai perkara perlu diambil kira supaya segalanya berjalan seperti dirancang.

Pemilihan tananam seperti pokok renek bertekstur halus digalakkan kerana berupaya membuatkan kawasan yang terhad kelihatan luas dan sebaliknya.

Seterusnya tanduk rusa atau ‘Crown Stag Horn’ amat sesuai diletakkan pada ruang sempit seperti koridor pangsapuri kos rendah, balkoni apartmen dan kondominium.

Malah, tanduk rusa juga antara tanaman yang tidak memerlukan banyak tanah. Cukup sekadar menggunakan sabut kelapa atau ‘sphagnum moss’ sebagai medium penanaman.

Bagi anda yang meminati pokok bunga raya sebagai pelengkap laman kediaman, ia turut tersenarai di antara pokok yang menarik untuk pagaran dan sesuai ditanam pada lereng bukit kerana akarnya kuat mencengkam tanah.

Jika pokok berkenaan kelihatan kuning khususnya di bahagian bawah daun, ia antara petanda pokok berkenaan kekurangan air.

Tidak ketinggalan, pokok asplenium nidus atau lebih dikenali sebagai paku sarang burung ada keistimewaan tersendiri.

Pembiakan pokok berkenaan secara langsung mampu memberikan impak berbeza kepada landskap laman anda yang sebelum ini kelihatan suram.

Anda boleh melakukan pembiakan itu dengan mengikis spora yang ada di bahagian bawah daunnya dan cambahkannya di atas span.

Kemudian, pindahkan sekali lagi dalam medium pasir untuk menggalakkan pertumbuhan akar.

Elakkan daunnya daripada pancaran cahaya matahari yang terik kerana ini akan membuatkan daunnya melecur dan jika ini tidak dapat dielakkan, potong daun berkenaan bagi menggalakkan pertumbuhan daun baru.
- Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah
- Siraman – Tentukan waktu sesuai untuk menyiram iaitu selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.
- Pemangkasan – Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
- Pembajaan – Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur.
Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii) iala sejenis pokok kayu keras yang dapat popular. Kawasan taburan semula jadi pokok ini terhad kepada Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand.

Pokok cengal menghasilkan kayu terbaik dan mencapai harga tertinggi di pasaran jika dibandingkan dengan jenis kayu lain dan tergolong dalam keluarga 'Dipterocarpacease' iaitu sejenis pokok menghasilkan buah yang mempunyai sepasang sayap serta mengeluarkan resin atau damar.

Kayu cengal adalah kayu keras yang tahan lama dan mempunyai ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu yang kebiasaannya digunakan dalam kerja pembinaan berat terutama pembinaan bot, selain dijadikan tiang, serta jambatan tanpa perlu diawet kerana ia tahan dari serangan anai-anai.

Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras. Kayu gubal, teras serta kulit pokok cengal mempunyai sejenis damar yang dikenali sebagai damar penak dan boleh digunakan dalam pembuatan varnis.
Baja ialah sebatian kimia yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanih, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja asli dan kimia. Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup, manakala baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian.

Baja boleh wujud secara semula jadi seperti gambut dan bahan galian, atau dikilangkan setelah melalui proses semula jadi (seperti penguraian) atau proses kimia (seperti proses Haber). Sebatian kimia sebegini menjadikan halaman, taman-taman dan tanah tampak lebih indah kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan.

Baja diformulasi khusus bagi tujuan tertentu, contohnya untuk membantu pertumbuhan daun atau pengeluaran buah. Ia lazimnya mengandungi tiga unsur kimia utama, iaitu nitrogen, fosforus dan kalium dalam kadar yang berbeza-beza. Unsur-unsur lain seperti kalsium, sulfur, magnesium atau zat-zat mikro (micronutrients) turut digunakan berdasarkan keperluan atau penggunaan baja tersebut. Walaupun nitrogen boleh didapati di atmosfera bumi, hanya terdapat sekumpulan kecil tumbuhan (contohnya kekacang) yang melakukan proses ikatan nitrogen (proses penukaran nitrogen atmosfera kepada bentuk-bentuk yang lebih berguna seperti nitrat, ammonia dan nitrogen oksida). Hampir semua tumbuhan memerlukan sebatian nitrogen di dalam tanih untuk tumbuh subur.

GOODS HOME DESIGN

INTERIOR DESIGN AND ARCHITECTURE

GAYA MUTU KEUNGGULAN